Monday, March 25, 2019

KONSEP PINJAMAN MENURUT ISLAM


Islam merupakan agama yang telah menyediakan hamparan jalan kehidupan
yang syumul dengan menganjurkan umatnya bijak menguruskan kehidupan temasuk
dalam aspek pengurusan kewangan. Meskipun Islam mengharuskan umatnya
berhutang atau membuat pinjaman kewangan, namun tindakan tersebut tidak
sewajarnya dijadikan sebagai amalan atau budaya melainkan dalam keadaan terdesak atau sangat memerlukan. Tabiat gemar berhutang wajar dihindari kerana kesannya
mengakibatkan seseorang itu hidup dalam kegusaran, kerisauan dan tertekan sehingga
menjejaskan kerukunan institusi kekeluargaan serta merenggangkan hubungan
persaudaraan dan persahabatan. Umat Islam dianjurkan untuk menjalani kehidupan
secara bersederhana dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah atas
daya usaha masing-masing. Malah mereka diseru agar berhati-hati ketika membuat
pinjaman kewangan agar tidak terjebak dalam kancah hutang yang bukan sahaja
bertentangan dengan aspek perundangan negara malah melampaui batas-batas murni
yang digariskan oleh Islam.
Islam telah mensyariatkan instrumen pemberian pinjaman kewangan yang
tidak membebankan pengguna menerusi prinsip al-qard al-hasan. Pelan pinjaman al-
qard al-hasan wajar diketengahkan dan diperluaskan lagi pelaksanaannya sebagai
salah satu asas dalam menggerakkan sistem ekonomi Islam yang bebas daripada
elemen riba. Pelaksanaannya walau bagaimanapun memerlukan kajian yang lebih
teliti dengan mengambil kira pengalaman dan pandangan pihak-pihak yang
menjalankan skim pinjaman tersebut pada masa sekarang. Hasrat murni ini
sewajarnya didokong oleh semua agensi yang terlibat secara langsung dalam usaha
memartabatkan taraf sosio ekonomi umat Islam di negara ini.


EmoticonEmoticon